6 Jenis Pembeli Yang Tidak Pernah Anda Ketahui.Pembeli No.2 Paling Penting Untuk Anda Tahu!

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

6 Jenis Pembeli Yang Tidak Pernah Anda Ketahui

Asas Pertama sebelum membuat jualan : Analisa jenis pelanggan yang sedang anda hadapi!

Sebagai Peniaga atau orang yang terlibat dalam penjualan, kita tidak akan dapat lari daripada Sales atau Penjualan. Kalau tidak menjual produk, kita akan menjual servis ataupun info.

Bahkan kalau berkomunikasi atau sedang bercakap-cakap dengan kawan pon kita akan terlibat dalam proses penjualan Idea. Namun, takde siapa pernah share sebarang Cheat Code tentang bagaimana untuk sentiasa menang dalam aktiviti jualan ni kan? Kan senang kalau kita boleh fahami bagaimana manusia membeli, dan susun atur proses jualan kita supaya dapat tackle atau close sales dengan lebih mudah!

Kali ini saya akan kongsikan Enam Jenis PEMBELI yang TIDAK Pernah Anda Ketahui

1 -Apathetic Buyer (Pembeli TAKDE PERASAAN)

Mereka ini merupakan hanya 5% daripada Populasi Manusia ni atau mungkin kurang.

Pembeli jenis ini adalah mereka yang tidak akan membeli sesuatu walau bagus macam mana pon produk atau penyelesaian itu.

Bagaimana Nak Cam: Pembeli jenis ini selalunya bersifat negatif, pesimis, suka memandang sinis dan selalunya berada dalam keadaan tertekan, sedih atau asyik tak berminat je.

Ciri-Ciri:

Pembeli Jenis Takde Perasaan ni tidak akan membeli walau macam mana murah, bagus, berbaloi atau perlu sekalipun dengan sesuatu penyelesaian itu. Mereka hidup dalam dunia mereka sendiri. Walaupun anda memberi barang secara percuma pon mereka tidak akan ambil.

Selalunya mereka akan penuh dengan masalah dalam hidup personal dan dalam pekerjaan mereka. Selalu menyalahkan dunia dan terlalu banyak alasan. Anda

Cara Hadapi:

Pembeli jenis ini membuang masa anda. Anda akan temui mereka juga dalam kehidupan anda. Apa yang patut anda buat, jangan biarkan mereka mengecewakan anda. Tinggalkan mereka dalam hidup mereka sendiri dan cari orang lain untuk anda jual barang anda.

Kalau tak percaya atau saja-saja ingin alami, cuba jual kepada mereka sesuatu produk dengan harga RM200. Mereka takkan beli. Turunkan harga kepada RM100, pun takkan mereka beli.

Anda kasi mereka dengan harga RM5 untuk produk yang sama pun mereka takkan beli. Blah je bro, jangan buang masa dah.

Fahami Mereka:

Pembeli jenis Apathetic ni memang tidak kisah dan tidak ambil peduli. Jangan Penatkan diri anda dengan mereka dan dengan sopan, minta untuk pergi ke tempat lain kerana busy ataupun ada emergency.

2 – Self-Actualizing Buyer (Pembeli YANG TAHU APA DIA NAK )

5% Daripada populasi, Pembeli jenis ini adalah jenis yang sama sekali berlawanan dengan Apathetic Buyer. Mereka tahu apa yang mereka inginkan, pada harga yang mereka mampu milik dan tahu kelebihan produk yang di jual.

Bagaimana Nak Cam:

Pembeli jenis ini tidak perlu banyak cakap, apabila anda ada produk yang mereka inginkan; mereka sudah tahu segalanya tentang produk itu dan tanpa banyak cakap, terus je beli.

Ciri-Ciri:

Bersifat positif, mudah nak deal dan seronok untuk di jual. Kalau boleh setiap hari nak jumpa dengan orang macamni.

Cara Hadapi:

Hanya jual kepada mereka benda yang mereka nak beli, jangan cuba putar belit dan jual benda yang mereka tak mahu, tak nak dan tak tahu. Sekiranya anda tidak ada barang yang mereka nak, secara jujur hanya bagitahu je anda tak jual dan bagitau mereka mana nak beli barang tu.

Cara untuk tarik pembeli jenis ini adalah dengan membuat iklan yang komprehensif, beritahu details maklumat produk dan servis anda; mereka pasti akan approach dan terus bayar je.

Fahami Mereka:

Pembeli jenis ini sangat-sangat RARE, susah nak jumpa. Tetapi dengan cara di atas, dia akan datang umpama lebah cari madu.

3 – Analytical Buyer (Pembeli Yang suka Mengkaji)

20 – 25% Daripada populasi, Pembeli jenis ini selalunya bersifat tenang dan merupakan task-oriented (Fokus kepada kerja yang dilakukan berbanding Hasil yang di peroleh)

Bagaimana Nak Cam:

Pembeli jenis ini tidak terlalu banyak tenaga sosialnya, dia Selalunya kisah tentang maklumat yang tepat dan juga info-info yang banyak.

Ciri-Ciri:

Soalan yang biasa mereka utarakan termasuklah tentang spesifikasi produk, bagaimana nak gunakan, apakah bilangan yang betul dan soalan-soalan seumpamanya.

Mereka ini fokus kepada HOW Question (Soalan-soalan tentang Bagaimana dan spesifikasi)

Cara Hadapi:

Bertenang dan Perlahan-lahan jawab soalan mereka dengan tepat. Jangan cuba untuk GORENG. Customer jenis ini perlu jawapan yang tepat untuk mereka percaya. Kadang-kadang mereka akan siap Google setiap butiran yang keluar daripada mulut anda.

Elakkan daripada bercerita secara menyeluruh, cuba untuk jawab secara se-spesifik yang mungkin. Buktikan setiap fakta dan berikan contoh-contoh testimony atau sijil credentials yang anda ada.

Jawab setiap soalan-soalan yang mendatang dengan sabar. Mereka bukan cuba menguji kesabaran anda, mereka memang macamtu. Layan je!

Fahami Mereka:

Semakin banyak maklumat yang anda berikan, semakin bahagia dan gembira mereka. Mereka ini orang yang sukakan maklumat dan spesifikasi. Dia akan ambil masa sedikit untuk membeli, duit dan produk bukan fokus mereka. Pembeli jenis ini bersifat analitikal, jadi mereka akan ambil masa untuk justifikasi dan rasional kan diri mereka sebelum membuat sebarang pembelian.

4 – Relater Buyer (Pembeli Yang Terlalu Ambil Kisah)

20 – 25% Daripada populasi, Customer jenis ini adalah jenis People-Oriented. Maksudnya, mereka jenis yang kisah tentang pandangan masyarakat dan orang sekeliling sebelum membuat sebarang pembelian. Mereka pandai mengawal diri dan tidak terlalu meluahkan perasaan atau sifat sebenar secara terbuka.

Bagaimana Nak Cam:

Pembeli jenis ini selalunya berada dalam profession atau bidang pekerjaan yang suka membantu orang; samada jururawat, psychologist, pekerja sosial atau ahli NGO.

Mereka agak sensitif tentang apa yang Orang Lain Fikir dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagaimana sekiranya mereka membeli ini? Orang lain akan suka ke? Nampak cantik tak compare dengan orang lain punya produk dan macam-macam jenis persoalan yang lain lagi.

Ciri-Ciri:

Relater-Buyer adalah Hiper Sensitif tentang pandangan orang lain terhadap mereka. Mereka selalunya akan bertanya dengan beberapa orang dahulu tentang sesuatu produk sebelum membeli sesuatu, kadang-kadang sampai semua orang pun dia tanya.

Anda mungkin kenal seseorang yang seperti ini kan? Indecisive dan sukar membuat keputusan pantas.

Cara Hadapi:

Mereka PERLU untuk rasa diri mereka Di Sukai oleh Orang Ramai. Motivasi utama mereka adalah supaya semua orang boleh terima mereka seadanya, hidup harmoni.

Hadapi mereka dengan testimony dan gambar-gambar customer lama yang gembira dengan produk anda. Berikan imaginasi kepada mereka tentang bagaimana orang lain akan nampak mereka cantik dan istimewa setelah membeli servis anda.

Cuba untuk Bina Perhubungan jangka Panjang dengan mereka. Pembeli jenis ini akan banyak bertanya tentang apa yang anda fikir dan bagaimana anda fikirkan tentang sesuatu. Tentang bagaimana orang lain fikir dan beli sebelum ini. Tipsnya adalah; mereka perlu untuk rasa selesa dengan Sang Penjual dahulu kemudian baru mereka akan membeli.

Jangan Push atau Paksa mereka membeli dengan cepat. Pembeli ini selalunya agak perlahan dalam membuat keputusan. Mereka kadang-kadang di klasifikasikan sebagai TERLALU BANYAK FIKIR.

Fahami Mereka:

Pembeli jenis Relater-Buyer mungkin memerlukan masa lebih dengan anda dahulu sebelum membuat sebarang keputusan membeli. Mereka perlu rasa selesa terlebih dahulu dan Anda perlu BERSABAR dan Bina Hubungan dengan mereka.

Hati – Hati kerana pembeli jenis ini mudah untuk mengubah keputusan secara drastik apabila menerima kritikan daripada orang lain mengenai sesuatu perkara atau produk yang anda cuba jual kepada mereka. Kenal, Rapat Dan Fahami mereka. Anda Pasti Berjaya!

5 – Driver Buyer (Pembeli yang Pentingkan Hasil)

20 – 25% Daripada populasi, Pembeli jenis ini mempunyai sifat seperti “Director” di mana mereka lebih fokus kepada “Result” atau hasil akhir sesuatu sebelum membuat sebarang keputusan.

Bagaimana Nak Cam:

Pembeli jenis ini lebih tegas, kurang bersabar dan selalu ingin Straight To The Point. Beliau lebih bersifat praktikal dan ada elemen bisnes sedikit. Soalan yang biasa di tanya adalah terus kepada point utama; Apa Produk Anda, Apa Hasil yang akan Di Capai, Berapa Harga, Apa Janji Anda dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.

Tidak suka dengan apa jua yang anda cuba GORENG kan dengannya. Fokus juga kepada details utama sesuatu Presentation.

Ciri-Ciri:

Mereka sentiasa kelihatan sibuk dan asik ada je benda nak di buat. Anda kena ingat bahawa anda sedang menggangu mereka daripada kehidupan seharian mereka SIBUk dan LEBIH PENTING daripada masa mereka dengan anda.

Mereka tidak suka cakap kosong dan tidak perlu untuk bina perhubungan dengan penjual dengan rapat sebelum buat sebarang belian.

Mereka selalunya adalah bisnesman, hardcore salesman atau manager. Mereka akan bertanggungjawab dalam memastikan hasil dalam sesuatu keputusan kerja mereka. Sukakan kerja yang cepat dan betul pada setiap masa.

Cara Hadapi:

Cuba Untuk Straight To The Point dengan mereka.

Mereka ini mudah untuk berurusan sekiranya anda berjaya utk buktikan bahawa produk & servis anda akan dapat hasilkan keputusan yang mereka inginkan.

Soalan Utama Mereka adalah : “What’s in it For Me?”

Selesaikan soalan mereka ini cepat!

Fahami Mereka:

Pembeli jenis ini sentiasa mencari pembaharuan. Semakin jelas bukti dan hasil produk anda, semakin cepat dia akan cakap YA kepada anda.

Mereka tahu apa mereka inginkan, dan mereka mahu benda tu cepat. Cepatkan presentation anda dan terus sahaja bagitahu apa hasil akhir dan berapa harga produk anda.

6 – Socializer Buyer (Pembeli Yang Banyak Cakap)

20 – 25% Daripada populasi, Pembeli jenis ini selalunya jenis yang “Outgoing” dan “Extrovert”. Maksudnya mereka ni agak aktif dan sentiasa bercakap banyak. Mereka tengah-tengah antara “people-oriented” dan “task-oriented”

Bagaimana Nak Cam:

Manusia jenis ini selalunya berada dalam pekerjaan yang memerlukan mereka multi tasking atau perlu untuk mengurus orang lain. Pekerjaan mereka selalunya hanya mampu di selesaikan dengan bantuan koordinasi orang lain.

Ciri-Ciri:

Socializer-buyer mementingkan pencapaian. Mereka sentiasa kisah tentang diri mereka sendiri dan orang lain. Dia akan suka untuk bercakap tentang dirinya, dan dia suka bercakap tentang pencapaian dan hasil akhir, beliau akan bercerita tentang kisah silamnya dan berminat untuk mengenali anda serta apa yang anda telah capai dalam hidup.

Kadang-kadang pembeli jenis ini bersetuju dengan mudah dan sukar untuk mengingati sesetengah perkara. Mungkin hari ni dia setuju, selepas beberapa hari dia sudah lupa.

Atau mungkin juga dia ingat, tetapi mengikut pemahamannya sendiri.

Cara Hadapi:

Kerana masalah hilang ingatan mereka ini, pastikan kebanyakan perkara di lakukan ON PAPER. Ada pembuktian sebelum sebarang persetujuan. Beri bukti ini kepada mereka dan simpan satu untuk anda.

Fahami Mereka:

Mereka sendiri akan cuba memahami anda, dan itu adalah signal untuk anda kenali bahawa mereka ini adalah jenis Socializer-buyer. Hormati mereka sentiasa dan cuba untuk kenali sedikit dalam dengan mereka. Sifat friendly, peramah, mudah berminat dan suka bertanya soalan; semua ini normal buat mereka.

KESIMPULAN:

Setiap Pembeli merupakan salah satu daripada yang saya senaraikan di atas. Anda sendiri somehow dapat kenal diri sendiri dalam pembelian melalu pembacaan di atas kan?

Tidak perlu untuk judgemental, semua orang ada kelebiham dan kekurangan; tetapi apabila anda pandai untuk mengagak jenis masing2, kan lebih mudah untuk Menjual.

Selamat mencuba! Dan kalau ada sesiapa yang dah berjaya boleh komen di bawah ya…..

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.
Kongsikan kepada rakan-rakan lain! Klik Button SINI
Shamel

Author Shamel

Shamel Salahudin merupakan penulis, trainer & juga consultant untuk Salez Academy; sebuah pusat informasi dan konsultansi dalam bidang Sales, Marketing dan Business Development yang tidak limited kepada online atau offline sahaja, tetapi juga berkait dengan pembangunan perniagaan secara menyeluruh

More posts by Shamel

Leave a Reply