Blue Ocean Audience : Pelanggan Di Luar Pasaran Industri

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Golongan Pelanggan Di Luar Pelanggan Competitors Anda: Blue Ocean
[Blue Ocean Strategy]

Berbeza dengan Red Ocean Strategy, Blue Ocean adalah sebuah strategi di mana anda tidak bersaing dalam lautan merah berdarah dengan kebanyakan syarikat lain dalam industri.

Blue Ocean Audience

Pasaran Lautan Biru

 

Red Ocean Strategy berkisar dengan dua jenis strategy:

Differentiation Strategy : Bersaing dengan membezakan kualiti bisnes sesama sendiri pada harga premium.
Low-Cost Strategy : Bersaing dalam tier bawah pasaran pada harga murah untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar.
**Kisah lanjut atau pembacaan lebih mengenai Blue Ocean Strategy boleh anda baca di www.blueoceanstrategy.com

Dalam Strategi lautan biru, anda tidak bersaing dengan industri yang lain. Anda cipta pasaran baru pada harga mampu milik yang menguntungkan anda.

Ada 3 Tier utama dalam pemilihan audience untuk Blue Ocean Strategy ini:
1) Soon-To-Be-Non Customes
2) Refusing Non-Customers
3) UnExplored Non-Customers

Kita gunakan Wii Sebagai Contoh

1) Golongan yang sudah bosan dengan permainan play station dan xbox yang mencari sesuatu game baru atau kelainan dengan video game

2) Golongan ahli sukan yang sukakan hobi; contohnya pemain tennis. Mereka tidak pernah suka bermain game secara indoor, tetapi wii menarik minat mereka untuk aktif dan bermain di hadapan tv, gerakkan badan, bina hidup sihat hanya daripada ruang tamu sahaja.

3) Golongan yang terlepas pandang oleh players besar industry. Mereka tidak mempertimbangkan industri ini dan tidak tahu ianya wujud. Contohnya, golongan nenek dan datuk2 yang ingin menghadiahkan wii kepada cucu-cucu mereka.
Wii menawarkan sebuah permainan genre baru di mana seisi keluarga boleh sama sama bermain permainan video yang interaktif di waktu lapang samada malam atau hujung mggu sesama keluarga.

Pasaran Target pemain industri lain adalah penggemar video games pada usia remaja, Wii telah mensasarkan pasaran baru dengan teknologi baru yang mereka lancarkan. Strategi ini telah mencipta “Barrier to Entry” yang mana syarikat lain tidak dapat membolosi dinding yang telah Wii cipta.

Teknologi yang di persembahkan sukar untuk di tiru oleh video games lain, pemain sukan tidak dapat melalui keseronokan bermain sukan dalam rumah sekiranya tiada Wii dan sesi hujung minggu sesama keluarga juga boleh di lakukan secara aktif dengan game Wii ini tanpa perlu pergi ke taman permainan yang semak dengan himpunan manusia yang ramai.

Bagaimana pula dengan anda?

Dah ada idea dah macam mana nak cipta 3 Tier Pelanggan di Luar Pelanggan Industri anda?

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.
Kongsikan kepada rakan-rakan lain! Klik Button SINI
Shamel

Author Shamel

Shamel Salahudin merupakan penulis, trainer & juga consultant untuk Salez Academy; sebuah pusat informasi dan konsultansi dalam bidang Sales, Marketing dan Business Development yang tidak limited kepada online atau offline sahaja, tetapi juga berkait dengan pembangunan perniagaan secara menyeluruh

More posts by Shamel

Leave a Reply