Memahami Struktur Kewangan Perniagaan

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

Pengurusan sebuah struktur kewangan perniagaan yang Berjaya bermula dengan memahami terma-terma yang wujud, potensi peluang-peluang yang ada dan proses menganalisa apakah makna setiap nombor yang terbit daripada analisis tersebut. Untuk post kali ini, saya akan kongsikan antara terma-terma penting yang perlu anda tahu dalam pengurusan kewangan sebagai seorang usahawan atau peniaga.

 

Terma-terma di bawah boleh and abaca untuk mendapat pendedahan awal sebelum kami kupas dan gabungkan ia menjadi sesuatu yang lebih mudah anda fahami dan cuba laksanakan ke atas bisnes anda.

 

Struktur kewangan bisnes

Pemahamana mengenai struktur kewangan perniagaan akan membawa bisnes anda ke level seterusnya. Kebanyaka bisnes terlalu fokus kepada sales dan terlupa tentang kepentingan pengurusan kewangan

 

Sebelum itu, ingin saya tekankan bahawa penulisan bukan lah berasaskan teori atau kefahaman akauntan mahupun financial planner. Kefahaman penulisan bertujuan untuk memberi kefahaman mendalam buat pembaca; terutama peniaga kecil dan usahawan.

 

CAPEX – Capital Expenditure atau nama lain nya adalah Modal Awal sesebuah perniagaan. Nama nya sendiri mempunyai jerangkap samar yang sering usahawan-usahawan mentah terjerat seterusnya terjerumus ke dalam sebuah gaung yang tidak akan kembali lagi. Akan kami kongsikan sedikit masa lagi.

 

COGS – Cost of Good Sold atau nama lain nya adalah kos bahan mentah untuk sesuatu produk atau untuk menjalankan sesuatu servis.

 

OPEX – Operating Expenses atau nama lain nya Overhead bulanan yang mesti ada supaya bisnes terus berjalan. Merangkumi Perbelanjaan Tetap (Fixed) dan Perbelanjaan Berubah-ubah (Variable)

 

Inventori – Kuantiti dan bilangan produk dalam stok anda. Perlu tambah, bagaimana nak kawal dan bila nak order baru?

 

Komisyen – Struktur Reward (Hadiah) kepada pekerja, agen atau diri sendiri untuk setiap pertambahan dalam nilai jualan. Wujud dalam pelbagai bentuk dan struktur yang boleh anda gunakan. Boleh wujud dalam bentuk wang, bonus, campuran dan lain-lain bentuk lagi.

Commission Structure:

  • Percentage
  • Fix Amount
  • Tier Level
  • Profit Sharing
  • Others

 

Profit Margin – Peratusan atau nilai keuntungan daripada harga jualan sesuatu produk atau servis

 

Harga – Nilai jualan sesuatu pakej, produk atau servis selepas di campurkan semua elemen di atas.

 

Break even – Berapakah nilai jualan atau kuantiti jualan yang perlu di lakukan sebelum sesuatu bisnes itu mencapai tahap untung. Mesti cover at least OPEX bulanan.

 

 

Teruskan Pembacaan anda mengenai CAPEX Dengan KLIK Di Sini……..

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.
Kongsikan kepada rakan-rakan lain! Klik Button SINI
Shamel

Author Shamel

Shamel Salahudin merupakan penulis, trainer & juga consultant untuk Salez Academy; sebuah pusat informasi dan konsultansi dalam bidang Sales, Marketing dan Business Development yang tidak limited kepada online atau offline sahaja, tetapi juga berkait dengan pembangunan perniagaan secara menyeluruh

More posts by Shamel

Leave a Reply