Pemahaman Mengenai CAPEX @ Modal Awal Perniagaan

Want create site? Find Free WordPress Themes and plugins.

CAPEX = Modal Awal Perniagaan @ Capital Expenditure

 

CAPEX di kenali sebagai Modal Awal perniagaan dan merupakan jerangkap samar yang sering di langkah masuk oleh usahawan-usahawan baru apabila mereka tidak bersedia untuk mempunyai Exit Strategy atau perancangan awal mengenai Working Capital (Perbelanjaan Bulanan Awal) perniagaan mereka.

 

 

Kesilapan banyak usahawan-usahawan baru adalah kerana tiada guideline mengenai bagaimana sepatutnya mereka menggunakan modal awal mereka; tidak kisah samada dalam bisnes produk, servis mahupun informasi.

 

Kita ambil satu contoh:

 

Ali sudah lama gila untuk meniaga dan sepanjang bekerja dengan sebuah bank besar di Malaysia, Ali sering hadiri kursus pendedahan mengenai Borong di Negara China. Cukup sahaja 5 tahun Ali bekerja di situ, Ali dapat bonus 18 Bulan total up sebanyak RM98 ribu. Apa yang Ali buat?

 

Ali research dan kaji tentang pasaran, lihat apa produk paling berpotensi, ambil tahu berapa kos shipping untuk bawa balik dan channel mana yang perlu Ali pasarkan. Ali sudah bersedia!

 

Sebuah backpack yang boleh berubah menjadi Beg Bimbit. Pada kos RM 100 sebuah, Ali boleh jual pada harga RM350 di Malaysia. Apa tunggu lagi?

 

Ali pon pergi ke China untuk memborong. Ali borong 700 unit produk dan kos awal termasuk Shipping, perbelanjaan Ali dan lain-lain kos berjumlah RM86k.

 

Barang pun sampai sebulan kemudian. Ali mohon cuti tanpa gaji.

 

Namun, 5 bulan kemudian Ali kembali bekerja di bank. Ali tidak mahu berniaga lagi. Berniaga itu pasti merugikan!

 

Pernah dengar kisah sebegini?

 

Pelaburan Awal Bisnes

Modal boleh di perolehi melalui pelbagai cara seperti simpanan, pinjaman mahupun modal kecil

 

 

Norma semua usahawan baru, pastinya ingin cepat mendapat untung. Dan gila dalam mengambil risiko; akhirnya risiko yang memakan diri kerana kurang perancangan. Apa sebenarnya terjadi dengan Ali? Ali tidak pandai berniaga ke?

 

CAPEX adalah modal awal dalam perniagaan. Ada yang dapat bonus macam Ali, ada yang menyimpan, ada yang dapat bantuan dan ada yang ambil pinjaman. Namun pengurusan terhadap duit awal ini yang penting sebenarnya.

 

Dalam menentukan penggunaan CAPEX ini; ada beberapa elemen yang perlu anda ambil kira:

 

  • Berapa kos awal sesebuah produk itu sendiri?
  • Berapa banyak inventori yang perlu di beli dahulu?
  • Apakah projection Sales (Jualan) anda?
  • Berapa Working Capital yang di perlukan ?
  • Berapa lama anda boleh survive sebelum penghasilan sebarang untung daripada jualan?
  • Apakah Red Flag anda; iaitu bila perlu anda decide samada untuk berhenti atau teruskan dalam bisnes tersebut

 

 

Dalam kes Ali, selepas membeli barang awal berjumlah RM86 ribu; jumlah modal yang tinggal adalah RM12 ribu. Sebagai seorang pekerja bank yang mungkin bergaji RM6 ribu sebulan; untuk hidup selama 3 bulan pun Ali tidak mampu apetah lagi untuk jalankan bisnes dengan 800 set produk baru yang beliau ada itu. 5 bulan kemudian, lelongkan sahaja produk itu di tepian kaki lima.

 

Did you find apk for android? You can find new Free Android Games and apps.
Kongsikan kepada rakan-rakan lain! Klik Button SINI
Shamel

Author Shamel

Shamel Salahudin merupakan penulis, trainer & juga consultant untuk Salez Academy; sebuah pusat informasi dan konsultansi dalam bidang Sales, Marketing dan Business Development yang tidak limited kepada online atau offline sahaja, tetapi juga berkait dengan pembangunan perniagaan secara menyeluruh

More posts by Shamel

Leave a Reply